Sunday, 28 July 2013

keselamatan pihak polis tidak dapat dijamin.... #kokila#

Ditembak 12 jam selepas diugut

Oleh Suraya Roslan
Seremban: Polis tidak menolak kemungkinan dendam menjadi motif serangan terhadap Pengerusi Pasukan Khas Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan, 29, yang parah ditembak dua lelaki bermotosikal di simpang Taman Awana Indah, Bahau, dekat sini, petang kelmarin.
Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata, sehubungan itu polis, menubuhkan pasukan khas di peringkat negeri bagi menyiasat secara terperinci kes berkenaan.
Katanya, pasukan khas itu diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah dan sehingga kes itu selesai, orang ramai dinasihati tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Polis sudah merakam percakapan rakan mangsa yang ketika kejadian ada bersamanya bagi membantu siasatan awal dipercayai bermotifkan dendam itu.
Foto
SANJEEVAN dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

“Malah, kita minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan biarkan polis menyiasat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri, di sini, semalam

No comments:

Post a Comment